Tempahan Dibuka Sekarang!
Assalamualaikum,
kepada para pelanggan yang dihormati, tempahan bagi cuti pertengahan tahun, cuti sekolah serta cuti hari raya Aidilfitri telah pun dibuka sekarang. Para pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bukan sahaja bagi guest house kami tetapi semua guest house yang berada di sekitar Kuala Kangsar kerana ia merupakan waktu puncak bagi majlis kenduri, perkahwinan dan juga events di Kuala Kangsar.
Pihak kami menyediakan khidmat mencari guest house dalam skala yang banyak dan berdekatan bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan lebih dari sebuah guest house. Di dalam kumpulan kami terdapat tujuh buah guest house yang boleh memenuhi citarasa dan harga para pelanggan sasarkan.
Perhatian bagi para pelanggan yang ingin membuat tempahan bagi perayaan Aidilfitri, minimum hari yang diambil untuk hari raya Aidilfitri adalah sebanyak tiga hari. Tempahan untuk dua hari boleh di consider namun berkemungkinan besar kami tidak mengambil tempahan untuk sewaan satu hari memandangkan gap masa yang terlalu sedikit. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi pihak kami melalui nombor yang tertera.
Terima kasih, wassalam.
One Stop Untuk Guest House Di Chandan
Assalamualaikum,
sekiranya para pelanggan melihat booking list kami telah penuh, para pelanggan masih boleh hubungi kami dan kami akan berhubung dengan guest house yang lain untuk melihat sekiranya ada kekosongan. Buat masa ini, terdapat tujuh guest house lain yang berhubungan dengan kami.
Usaha ini bagi memantapkan lagi ekonomi ummah memandangkan semuanya adalah pengusaha muslim, dan juga memberi kemudahan kepada para musafir seperti para pelanggan sekalian. Komuniti Islam peniaga di zaman Rasulullah s.a.w terkenal dengan hemahnya kerana sentiasa melihat sahabat lain yang berniaga bukan sebagai pesaing tetapi saudara. Oleh kerana itulah kita dengar mengenai kisah peniaga yang sentiasa menawarkan kedai yang lain agar saudara seagamanya yang lain juga mendapat jualan, dan bukan dibolot hanya pada dirinya sahaja.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.“ [TMQ al-Hujurat (49:10]
Kesemua guest house di dalam jaringan kami juga mempunyai terma dan syarat yang sama dengan kami iaitu berkenaan muhrim dan bukan muhrim, tempoh masa check in dan check out (perbincangan boleh dibuat) dan sebagainya. Jarak antara setiap guest house adalah kurang dari 1 kilometer (+- 500 meter sahaja) jadi ia amat sesuai juga pada sesiapa yang hendak booking lebih dari sebuah guest house.
P/S : Kepada guest house lain di kawasan Chandan yang berminat untuk menyertai jaringan ini, anda boleh hubungi Anwar di 0173821295.
Royaltown Guesthouse Kini Di Roomorama
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kini Royaltown Guesthouse juga boleh didapati di laman web penginapan terkenal Roomorama. Laman web ini menyediakan kemudahan pencarian penginapan dan servis-servis lain kepada mereka, khususnya warga pelancong dari luar negara untuk persediaan memasuki Malaysia dan negara-negara lain dari segi penginapan dan sebagainya.
Link kami di Roomorama boleh dilihat melalui link ini (klik di sini). Namun begitu, kami tidak menggalakkan para pelanggan dalam negara untuk menggunakan Roomorama sebagai medium bagi menghubungi kami kerana sukar membuat perbincangan terutama untuk penginapan jangka masa panjang. Para pelanggan digalakkan untuk terus menghubungi kami melalui nombor telefon.
Tambahan pula, pembayaran melalui kad kredit/debit, wire transfer agak memakan masa dan para pelanggan perlu membayar lebih kerana harga tersebut tidak termasuk lagi cas perkhidmatan oleh Roomorama. Oleh itu, perkhidmatan ini hanya sesuai untuk pelanggan luar negara. Namun, polisi kami masih tidak berubah.
Terima kasih kepada para pelanggan yang memilih untuk menginap di guest house kami serta memberi komen yang membina dan bermanfaat, wassalam.



