Full Book Sepanjang Pilihan Raya Kecil Negeri Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

Mohon maaf kepada para pelanggan yang dihormati kerana kami tidak mempunyai kekosongan sepanjang pilihan raya kecil negeri bagi daerah Kuala Kangsar. Namun anda masih boleh membuat tempahan pada hari-hari lain. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat yang telah bertungkus lumus menjaga dan berkhidmat untuk masyarakat serta menerima kerenah-kerenah manusia yang tidak pernah puas. Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada semua pendidik di Malaysia atas jasa dan bakti mendidik anak bangsa menjadi warga yang berguna. Terima kasih sekali lagi.

image

Cuaca Panas? Kami Sedia.

Assalamualaikum,

seperti yang para pelanggan sedia maklum, suhu di Malaysia sekarang sangat panas ,dengan bacaan tertinggi sekitar 37 celcius akibat daripada fenomena cuaca yang sedia ada selain dari pemanasan global yang tidak asing lagi. Bagi memastikan para pelanggan sentiasa di dalam keadaan terbaik dan selesa, homestay Kuala Kangsar dilengkapi dengan dua penghawa dingin yang InsyaAllah boleh memberi keselesaan kepada anda.

Selain dari itu, kami juga dilengkapi dengan peti ais supaya anda boleh menyimpan minuman sejuk untuk diminum ketika anda ternyah hidrat akibat suhu panas kini. Minum banyak air adalah satu kemestian kerana jika tidak, ia boleh membawa kepada heat stroke, suatu keadaan yang boleh membawa maut. Kami juga membekalkan anda dengan cerek elektrik untuk memudahkan anda memasak air bagi kegunaan minuman, serta membekalkan para pelanggan dengan sejumlah air minuman Diamond bertapis untuk kegunaan para pelanggan.

Para pelanggan juga digalakkan untuk selalu menyejukkan badan. Setiap bilik kami dilengkapi dengan bilik air lengkap dengan siraman hujan (shower) serta tidak terkecuali bersih dan selesa. Kami telah update gambar bilik Master room supaya para pelanggan dapat melihat sendiri keselesaan yang boleh diperoleh dari homestay kami.

Sekiranya para pelanggan berminat untuk booking ke homestay kami, sila hubungi kami di 0125926685 atau 0173821295.

Tempahan Tahun 2016 Kini Dibuka

1449770716108Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kita kini memasuki tahun baru 2016. Semoga azam yang telah sampai diteruskan, dan azam yang belum sampai akan dicuba pada tahun ini. Kami kini membuka tempahan homestay untuk tahun 2016. Kepada para pelanggan yang berminat untuk menempah boleh terus ke bahagian tempahan.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengeluarkan pekeliling berkaitan cuti-cuti sekolah bagi negeri-negeri di Malaysia bagi sesi 2016. Adalah baik sekiranya para ibu bapa atau anda yang ingin berkahwin untuk melihat cuti-cuti sekolah terbabit supaya anda dapat merancang percutian atau perkahwinan dengan lebih awal. Better be prepare than be despair.

KALENDAR-CUTI-UMUM-DAN-CUTI-SEKOLAH-2016-MALAYSIA

(courtesy of ammboi.com)

Buat masa ini, harga kami masih sama, tapi kemudahan akan diperbaharui dari semasa ke semasa. Sebarang update akan diberikan dari semasa ke semasa.

Selamat menyambut tahun baru masihi 2016! Wassalam.