Booking List Penuh? Kami Ada Penyelesaiannya!

Assalamualaikum,

kebiasaannya cuti perayaan, cuti sekolah, cuti pertengahan dan akhir tahun sememangnya akan mendapat tempahan yang banyak dan awal. Oleh yang demikian, kebarangkalian untuk tarikh yang para pelanggan ingin tempah telah pun ditempah lebih awal oleh individu yang lain. Untuk melihat tarikh tempahan, boleh merujuk di bahagian Booking List.

Namun begitu, sekiranya tarikh yang ingin ditempah sudah pun ditempah oleh orang lain, kami bersedia membantu mencari penyelesaian dan memudahkan urusan para pelanggan dengan menawarkan Homestay di Kuala Kangsar yang lain yang mempunyai kedudukan dan harga yang tidak jauh beza dengan Homestay kami.

Oleh yang demikian, meskipun tarikh di Booking List telah pun ditempah, para pelanggan dialu-alukan untuk hubungi kami dan bertanya kekosongan pada tarikh yang diingini. Ini kerana meskipun Homestay kami telah penuh ditempah, kami masih dapat membantu para pelanggan dengan menawarkan para pelanggan dengan rakan Homestay yang lain, yang mana tidak kurang hebatnya dan tidak lebih mahalnya.

Namun yang demikian, kami tetap memohon maaf sekiranya semua rakan Homestay juga telah ditempah, namun adalah lebih baik untuk mencuba terlebih dahulu bertanya kami. Bersepakat dalam kebaikan membawa berkat pada perniagaan, wassalam.

Posted on Januari 25, 2011, in Homestay and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: