Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, kami dari pihak Royaltown Homestay ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin amnya kepada umat Islam di seluruh dunia dan khusus buat para pelanggan kami yang dihormati. Kami memohon maaf atas segala kekurangan dan masalah teknikal yang mungkin berlaku sepanjang para pelanggan menginap di Homestay kami.

Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi seribu pengertian agar kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri setelah kita memasuki madrasah Ramadhan selama sebulan. Kepada para pelanggan yang menginap pada hari raya kali ini, solat sunat Hari Raya Aidilfitri diadakan di tiga buah masjid yang lokasinya berdekatan dengan Homestay kami iaitu Masjid Kolej Islam (optional), Masjid Ubudiah serta Masjid Ridwaniah.

InsyaAllah, pihak berkuasa iaitu pihak polis juga mengadakan pemantauan berkala bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak diingini di sepanjang perayaan ini. Akhir kalam, terima kasih atas sokongan anda kerana memilih Royaltown Homestay dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

P/S : Jika berkesempatan, jangan lupa untuk menyambung puasa 6 hari di bulan Syawal kerana fadhilatnya seperti berpuasa selama setahun!

Posted on Ogos 8, 2013, in Homestay and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: