Selamat Menyambut Hari Malaysia

Assalamualaikum,

Hari Malaysia bakal menjelang tidak lama lagi iaitu pada 16 September 2013. Sekiranya para pelanggan merancang percutian bagi sepanjang cuti hujung minggu ini, maka adalah bijak jika para pelanggan mula merancang tempat penginapan yang sesuai di lokasi yang ingin dituju contohnya air terjun Ulu Kenas yang terletak di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar juga mempunyai banyak lokasi pelancongan lain yang menarik contohnya Masjid Ubudiah, Istana Kayangan yang mana strukturnya tidak menggunakan sebarang paku, Muzium DiRaja Kuala Kangsar yang menempatkan banyak khazanah milik Sultan Perak seperti kereta, gambar-gambar kenangan dan banyak lagi.

1609

Para pelanggan juga boleh menelusuri sungai Perak menggunakan bot khas yang disewa serta menambah kemahiran dalam pembuatan kraftangan khususnya membuat labu Sayong yang sangat terkenal kerana keunikannya. Terdapat juga tempat pembuatan kraftangan jenis lain contohnya anyaman yang boleh dilakukan di bandar Kuala Kangsar.

Sekiranya para pelanggan ingin menempah homestay pada tarikh-tarikh percutian, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jangan lupa untuk menyemak dahulu di bahagian booking list sebelum membuat sebarang tempahan bagi memudahkan urusan. Selamat menyambut Hari Malaysia dan selamat memanfaatkan hujung minggu bersama keluarga tersayang! Wassalam.

Posted on September 10, 2013, in Homestay and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: