Program Sepanjang Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

cuti sekolah telah pun tiba, banyak program yang boleh dilaksanakan sepanjang cuti sekolah ini supaya masa lapang anak-anak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Mungkin para pelanggan sendiri sudah mempunyai perancangan cuti sekolah memandangkan tempoh masa yang agak lama ini boleh dimanfaatkan sebaiknya. Ada beberapa cadangan yang ingin kami lontarkan sepanjang cuti sekolah ini.

Bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun hadapan, contohnya SPM atau PBSMR, mungkin lebih banyak aktiviti berbentuk kemahiran akademik dilaksanakan sepanjang cuti ini. Antaranya kelas tambahan, atau tuisyen samada di rumah mahu pun di pusat-pusat tuisyen. Ini bagi memastikan input yang diterima pada tahun ini tidak terhakis dan hilang begitu sahaja, malahan ditajamkan untuk kegunaan di masa hadapan terutamanya di peperiksaan yang mendatang.

Ada juga yang membawa anak-anak mengikuti program cuti sekolah anjuran swasta samada yang berbentuk santai atau pun pengisian rohaniah. Banyak program yang berbentuk pengisian rohaniah sebagai contohnya di Al-Barakah, Ipoh yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim atau pun program kerohanian anjuran Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Azhan. Semoga penyertaan mereka membawa kebaikan kepada diri mereka, ibu bapa dan ummah amnya.

Mungkin ada yang ingin membawa anak-anak untuk bersiar-siar ke tempat yang jarang dituju sebelumnya. Sebagai contoh makan angin dalam tempoh masa yang lama di kampung, menikmati suasana desa yang nyaman dan mandi-manda di air terjun yang sejuk dan menyegarkan. Tidak dilupa pengalaman menaiki sampan kayu menelusuri sungai dan melihat keindahan alam. Contohnya, di Kuala Kangsar.

Bagi para pelanggan yang masih tercari-cari penginapan yang murah namun selesa di Kuala Kangsar, para pelanggan boleh menginap bersama kami. Kami menyediakan tempat penginapan yang baik dan bersih serta sangat dekat dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Sebarang tempahan boleh lihat di bahagian booking terlebih dahulu sebelum menghubungi puan Zarina di 0125926685. Kami juga mula menerima tempahan untuk penginapan bagi tahun 2014. Terima kasih, wassalam.

Posted on November 26, 2013, in Homestay and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: