Solidariti Bersama Palestin

Perhatian : 30 dan 31 Julai 2014 masih kosong.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dipertemukan kita dengan bulan Ramadhan dan bakal menyambut Aidilfitri lebih kurang dua minggu lagi. Suka diingatkan bahawa booking pada hari raya telah pun penuh dan adalah baik sekiranya booking bagi hari-hari cuti umum dibuat awal untuk mengelakkan berputih mata.

Namun di dalam kemeriahan menyambut Ramadhan ini, jangan dilupa saudara seagama kita yang sedang menderita di seluruh dunia, dari Myammar, Selatan Thailand, Afrika dan yang terus menerus menderita sejak perjanjian Balfour iaitu Palestin terutama di Gaza. Sehingga hari ini, Israel telah membunuh 186 orang penduduk Palestin dan lebih kurang 1400 orang cedera. Menurut PBB, 25% daripada jumlah itu terdiri dari kanak-kanak. Operasi ‘Protective Edge’ ini merupakan serangan melibatkan darat, udara dan laut. Ia mendapat kecaman antarabangsa tanpa mengira bangsa dan agama.

Jadi, apakah yang dapat kita, sebagai manusia, khususnya sebagai umat Islam, lakukan untuk membantu saudara kita di Gaza? Menurut laman web DBS (Deinvestment, Boycott, Sanction) yang merupakan antara NGO di hadapan yang membantu merosakkan ekonomi Israel, terdapat beberapa perkara boleh dilakukan.

Yang pertama ialah pendidikan. Beritahu kepada dunia betapa kejamnya Israel melalui semua saluran media yang ada. Beritahu keluarga, saudara, sahabat dan orang awam akan kekejaman mereka. Alhamdulillah, media di Malaysia memberi liputan yang betul tentang peperangan itu tapi bagaimana mereka di tempat lain? Gunakan facebook, twitter dsb.

image

Yang kedua ialah boikot. Memang sukar untuk memboikot semua barangan yang bersetongkol dengan Israel namun kita boleh memulakannya dengan menumpukan kepada beberapa cabang utama. Anda dinasihatkan untuk ke laman web inminds dan DBS untuk mengetahui produk yg wajar diboikot @ tidak perlu diboikot lagi (kerana telah menarik balik pelaburan contohnya Sara Lee – updated 15/7/2014). Antara barangan utama yang boleh diboikot mengikut Aqsa Syarif adalah Starbuck, McDonald, Nestle, Coca-cola (termasuk Maid dan Dasani).

image

Yang ketiga ialah menyumbang. Malaysia antara penyumbang konsisten kepada Gaza, Alhamdulillah. Terdapat banyak NGO yang boleh dihantar sumbangan antaranya Aqsa Syarif, Aman Palestin, Haluan, IRM. Cuma pastikan anda menyumbang pada wakil yang betul atau terus bank in kerana banyak penipu di luar sana yang mengambil kesempatan.

image

Yang keempat adalah doa. Doa adalah senjata terampuh selain dari usaha di atas tambahan pula di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Untuk sebarang tempahan, mohon ke bahagian booking list terlebih dahulu sebelum membuat tempahan samada melalui puan Zarina di 0125926685 @ Anwar di 0173821295. Terima kasih, wslm

Posted on Julai 15, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: