Tempahan Untuk 2015 Dibuka Sekarang

Assalamualaikum,

InsyaAllah tidak lama lagi cuti sekolah akan berakhir dan bermulalah sesi persekolahan yang baru menjelang tahun baru masihi, 2015. Sehubungan dengan itu, kami kini telah pun mula membuka tempahan bagi para pelanggan yang ingin menempah rumah penginapan kami bagi tahun hadapan samada bagi tujuan makan angin, mengunjungi sanak saudara, menghadiri kenduri atau majlis kesyukuran, majlis pertunangan atau perkahwinan, menghantar anak ke sekolah berasrama penuh atau apa sahaja program-program yang memerlukan tempat penginapan yang luas dan selesa.

2015

Kami menyediakan 3 buah bilik dilengkapi dengan bilik air bagi setiap bilik. Terdapat 10 katil lengkap, dan dua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. Kami juga menyediakan khidmat satelit tv nJoy, kelengkapan dapur termasuk ketuhar gelombang mikro, dapur memasak, cerek, pembakar roti dan juga peti ais. Ruang tamu yang selesa dan luas juga menjanjikan suasana yang menyeronokkan untuk seisi keluarga berkumpul.

Selain dari itu, lokasi kami juga sangat hampir dari pusat bandar Kuala Kangsar kerana kedudukan kami di Bukit Chandan, yang juga hampir dengan masjid Ubudiah, Muzium Sultan Perak, Istana Kuning, Istana Sultan Perak, dan juga sangat hampir dengan Kolej Islam Sultan Azlan Shah (KISAS). Kami juga menyediakan resit bagi setiap penginapan untuk mereka yang perlu membuat tuntutan kepada syarikat atau membuat program-program.

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan, sila hubungi Anwar di 0173821295, Puan Zarina di 0125926685. Setiap tempahan boleh dilakukan melalui akaun online samada Maybank Islamic, CIMB Islamic atau i-Rakyat. Selamat bercuti. Wassalam.

Posted on Disember 7, 2014, in Homestay and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: