Arkib Blog

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban dan Hari Malaysia

Assalamualaikum,

Kepada para pelanggan yang amat dihormati, kami di Royaltown Guesthouse ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha dan selamat Hari Malaysia yang akan diraikan pada 16 September 2017. Adalah baik jika cuti sekolah selama seminggu ini dimanfaatkan sebaiknya bersama-sama keluarga.

hari-malaysia

Sekiranya para pelanggan mempunyai pelan untuk bercuti di Kuala Kangsar, Ipoh, Taiping atau mungkin kawasan sekitarnya samada bagi tujuan bersuka-suka atau menghadiri sebarangan majlis termasuklah majlis Qurban, kami menawarkan rumah tumpangan dengan harga yang sangat berpatutan dan selesa.

Guest house kami dilengkapi dengan tiga bilik, dan setiap bilik mempunyai bilik air. Dua bilik mempunyai penghawa dingin dan semua bilik dilengkapi dengan katil (jumlah keseluruhan 10). Kami juga menyediakan kemudahan asas seperti cerek elektrik, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, televisyen dilengkapi dengan Astro nJoy dan juga mesin basuh. Ruangan tempat letak kereta pula boleh memuatkan dua buah kereta.

Selain itu, guest house kami juga berhampiran dengan masjid, surau, kedai-kedai makan dan barangan, bengkel, serta Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS). Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Puan Zarina di 0125926685 atau Encik Anwar (anak) di 0173821295.

Advertisements

Cuti Sekolah Bermula Lagi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah cuti sekolah bakal bermula Jumaat ini, 18 September 2015. Cuti panjang selama seminggu ini haruslah dipenuhi dengan perkara bermanfaat samada mengunjungi sanak saudara di kampung atau pun menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dengan bersiar-siar.

Sekalipun index jerebu yang agak tinggi, Kuala Kangsar juga mempunyai tempat-tempat menarik bercirikan indoors, antaranya adalah Muzium Sultan Azlan Shah yang terletak tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Selain dari itu, Kuala Kangsar juga berdekatan dengan Taiping dan Ipoh yang juga mempunyai muzium masing-masing yang menarik untuk dikunjungi.

Selain dari itu, para pelanggan juga boleh menghabiskan masa di kampung dan kami menyediakan tempat penginapan yang selesa sekiranya bilangan sanak saudara yang bertandang terlalu ramai. Tidak terkecuali program-program yang dianjurkan oleh Kolej Islam Sultan Azlan Shah, serta program rancangan sendiri seperti majlis perkahwinan, doa selamat dan semestinya majlis Qurban.

Untuk pertanyaan lanjut, mohon hubungi 0125926685 (Pemilik – Puan Zarina) atau 0173821295 (Anwar – Anaknya). Mohon semak dahulu booking list sebelum hubungi kami bagi memudahkan keadaan dan kelancaran urusan. Terima kasih dan Selamat Hari Malaysia!