Arkib Blog

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban dan Hari Malaysia

Assalamualaikum,

Kepada para pelanggan yang amat dihormati, kami di Royaltown Guesthouse ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha dan selamat Hari Malaysia yang akan diraikan pada 16 September 2017. Adalah baik jika cuti sekolah selama seminggu ini dimanfaatkan sebaiknya bersama-sama keluarga.

hari-malaysia

Sekiranya para pelanggan mempunyai pelan untuk bercuti di Kuala Kangsar, Ipoh, Taiping atau mungkin kawasan sekitarnya samada bagi tujuan bersuka-suka atau menghadiri sebarangan majlis termasuklah majlis Qurban, kami menawarkan rumah tumpangan dengan harga yang sangat berpatutan dan selesa.

Guest house kami dilengkapi dengan tiga bilik, dan setiap bilik mempunyai bilik air. Dua bilik mempunyai penghawa dingin dan semua bilik dilengkapi dengan katil (jumlah keseluruhan 10). Kami juga menyediakan kemudahan asas seperti cerek elektrik, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, televisyen dilengkapi dengan Astro nJoy dan juga mesin basuh. Ruangan tempat letak kereta pula boleh memuatkan dua buah kereta.

Selain itu, guest house kami juga berhampiran dengan masjid, surau, kedai-kedai makan dan barangan, bengkel, serta Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS). Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Puan Zarina di 0125926685 atau Encik Anwar (anak) di 0173821295.

Advertisements

Tempahan 2017 Kini Dibuka

240_F_99357137_SbposrXg9ZuIqLim4LP4gytDMv16CDUVAssalamualaikum,

suka dimaklumkan kepada para pelanggan yang dihormati bahawa booking untuk tahun hadapan, 2017, telah pun dibuka untuk tempahan. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan bagi pelbagai kegunaan seperti Old Boys Weekends, perkahwinan, program-program mahupun pilihanraya kecil atau General Election, boleh hubungi kami di 0125926685 (Puan Zarina) atau 0173821295 (Khairul Anwar – anaknya).

Kami menyediakan perkhidmatan penginapan yang murah dan selesa, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan terletak di tengah-tengah bandar Di Raja Kuala Kangsar eksklusif untuk pelanggan muslim tidak mengira bangsa. Terima kasih.

Selamat Berkonvokesyen KUISAS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberi kesempatan untuk update website pada hari ini. Sukacita kami ingin mengucapkan selamat berkonvokesyen kepada para penuntut Kolej Universiti Islan Sultan Azlan Shah yang ke-8. Semoga dengan konvokesyen ini, para penuntut akan dapat mengorak langkah seterusnya bagi memartabatkan Islam di mata dunia melalui hikmah dan kebijaksanaan. Anda masih mencari-cari homestay pada minggu tersebut? Hubungi kami di 0125926685 (Puan Zarina) @ 0173821295 (Anwar) untuk tempahan.